Tuesday 25 October 2011

Contoh - contoh penyelesaian Matematik.


















SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011 SJKC YEONG CHANG, BATU PAHAT, JOHOR.

Kanak-kanak adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini pada masa akan datang.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyambut Hari Kanak-Kanak pada 21 Oktober 2011 (Jumaat).  Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011 ini.  Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang telah murah hati untuk mendermakan hadiah-hadiah Hari Kanak-Kanak dan hadiah-hadiah cabutan bertuah khas untuk murid-murid di sekolah ini.  Semoga semua murid-murid SJKC Yeong Chang menjadi murid-murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik serta dapat menjadi contoh terbaik kepada kanak-kanak yang lain.
Pelbagai acara yang menarik telah diadakan.  Berikut adalah antara aturcara yang dijalankan :



Ucapan guru besar

Tarian


Persembahan Yoyo Cina yang menarik



Cabutan bertuah

Semua murid dapat hadiah



               

               
Murid-murid makan kek, aiskrim dan KFC.

Panduan menulis karangan Surat Kiriman Rasmi di Bahagian B Kertas 2 Penulisan SJK.


1.  Surat kiriman rasmi ditulis untuk tujuan rasmi.
2.  Contoh surat kiriman rasmi:
     -  surat tempahan buku
     -  surat kebenaran lawatan
     -  surat kebenaran mengadakan aktiviti
     -  surat undangan
     -  surat rayuan
     -  surat meminta cuti
     -  surat aduan
3.  Surat ini mempunyai format khusus yang perlu diikuti.
     -  Nama dan alamat pengirim ditulis di sudut atas sebelah kiri
        surat.
     -  Garisan melintang di bawah alamat pengirim.       
     -  Nama dan alamat penerima ditulis selepas garisan dan baris
        akhir alamat juga digaris.
     -  Tarikh ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan baris akhir
        alamat penerima.  Nama bulan ditulis dalam huruf besar dan
        diletakkan tanda noktah(.) di akhir tarikh.
     -  Panggilan hormat atau gelaran penerima seperti Tuan / Puan
        ditulis selang sebaris alamat penerima.
     -  Tajuk surat perlu ditulis dalam huruf dalam huruf besar pada
        pangkal setiap perkataan sahaja, kemudian gariskan.
     -  Perenggan pertama tidak perlu dinomborkan, tetapi dimulakan
        dari tepi.
     -  Nomborkan perenggan yang berikutnya bermula dengan 2,3,4
        dan seterusnya.
     -  Perenggan penutup dimulakan dari tepi surat, tanpa nombor.
     -  Tandatangan dan nama pengirim ditulis dengan huruf besar di
        dalam kurungan serta ditulis di sudut kiri bahagian bawah surat.
     -  Jawatan pengirim ( jika ada )
    

Panduan menulis karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi di Bahagian B Kertas 2 Penulisan SJK.


1.  Surat kiriman tidak rasmi ialah surat peribadi yang ditulis kepada
     kawan, ibu bapa dan sebagainya.
2.  Surat ini juga harus ditulis mengikut format yang telah ditetapkan :
            -  Tulis alamat pengirim dan tarikh di bahagian atas sebelah kanan surat.
            -  Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
            -  Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit dengan bertanya khabar dan
               menceritakan keadaan diri.
            -  Kata panggilan seperti ayahanda, bonda, nenda dan sebagainya ditulis
              di sebelah kiri.
            -  Isi-isi mestilah bersesuian dengan menulis surat dan ditulis dalam
              perenggan yang berasingan.
            -  Akhiri surat dengan ucapan salam atau doakan kesejahteraan penerima
              surat.
            -  Tulis pengakuan pengirim dan tanda tangan pengirim di sebelah kanan.
3.  Gunakan bahasa yang mudah supaya tidak mengelirukan pemeriksa.
4.  Gunakan perkataan, ejaan, imbuhan dan tanada baca yang betul.
5.  Gunakan bahasa yang sopan dan bersesuaian dengan surat kiriman tidak
     rasmi.


Langkah-langkah menulis karangan Bahagian B Kertas 2 Penulisan SJK.

 Langkah  1 :  Memahami dan memilih soalan
1.  Baca semua soalan dan fahami kehendak soalan.
2.  Pilih tajuk atau soalan yang kamu tahu dan kuasai formatnya.
3.  Cari kata kunci yang ditanya dalam soalan seperti bincangkan, tuliskan
     sepucuk surat, cara-cara dan sebagainya.  

Langkah  2  :  Membuat rangka karangan
1.  Catatkan isi dan pengetahuan kamu terhadap tajuk atau soalan yang dipilih.
2.  Senaraikan dan susun isi-isi penting tersebut mengikut urutan iaitu 
     pendahuluan, isi, dan penutup.
3.  Rangka karangan memberi panduan dan mengelakkan kamu mengulang atau
     terlupa isi-isi yang penting.

Langkah  3  :  Menulis karangan
1.  Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang telah dibuat.
2.  Karangan yang baik mesti mempunyai pendahuluan, isi-isi penting dan
     penutup.
3.   Bagi bahagian pendahuluan dan penutup, kamu hanya perlu menulis satu
      perenggan.
4.  Bahagian isi-isi penting pula, sebaik-baiknya tiga hingga empat perenggan
     sahaja.
5.  Huraikan isi-isi penting tersebut berserta contohnya. 
6.  Utamakan aspek-aspek bahasa seperti tatabahasa,struktur bahasa, imbuhan
     dan tanda baca.   

Langkah  4  :  Menyemak karangan
1.  Menyemak  merupakan langkah paling penting yang perlu diikuti oleh calon.
2.  Selepas menyiapkan karangan, pastikan tiada kesalahan dari aspek bahasa
     yang boleh menyebabkan markah kamu dipotong.
3.  Pastikan tiada isi-isi penting yang tertinggal.
4.  Pastikan karangan yang ditulis tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
5. Pastikan tulisan kamu kemas dan mudah dibaca oleh pemeriksa.                                           

KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu mulai 2011. Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” adalah amat bertepatan sekali.


Transformasi kurikulum di peringkat sekolah rendah iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memerlukan akauntabiliti guru untuk memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan bagi mengatasi masalah murid keciciran. Antara justifikasi perubahan kurikulum ini ialah ianya bersifat dinamik dimana pertambahan dan pengurangan kandungan modul yang disertakan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul. Ia juga memperkenalkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dimana guru mempunyai pilihan untuk menggunakan modul tersebut mengikut kesesuaian.

Pada 19 hingga 23 September 2011 saya berpeluang mengikuti kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Matematik Tahun 2 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Pada masa ini saya terlibat secara langsung dalam pengurusan atau pelaksanaan KSSR. Saya amat berminat untuk mengetahui dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa.

Cara-cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas Literasi dan Numerasi murid-murid.

        Matlamat perancangan strategik LINUS adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas Literasi dan Numerasi murid-murid.  Sebagai warga pendidikan, kita haruslah meningkatkan penguasaan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam aktiviti atau proses pengajaran dan pembelajaran.  Dengan cara ini, guru dapat memperkenal dan menyuburkan sistem pengajaran pembelajaran Literasi dan Numerasi dengan berkesan.  Dengan langkah ini murid-murid dapat meningkatkan penguasaan ilmu dan membudayakan Literasi danNumerasi dalam kehidupan harian.

            Guru–guru yang mengajar kemahiran asas Literasi dan Numerasi haruslah terlatih dan berpengalaman.  Pengalaman guru memainkan peranan yang penting dalam proses menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.  Selain itu, guru–guru tahun satu hendaklah sihat fizikal serta mental.  Fizikal serta mental yang sihat dapat membantu melaksanakan tugasan dengan berkesan.  Pihak sekolah hendaklah merangcang dan mengurus guru opsyen dengan pengkhususan bidang Bahasa Melayu dan Matematik untuk mengajar Bahasa Melayu dan Matematik.

Guru-guru tahun satu adalah guru-guru yang bersemangat tinggi.  Guru-guru yang menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran hendaklah mendapat pandangan dan tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman.  Pihak sekolah yang mempunyai makmal komputer yang lengkap dan boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran LINUS.  Maka guru-guru haruslah   menggunakannya dengan betul supaya murid- murid menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi.  Sehubung itu, guru-guru juga boleh menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid-murid.
Langkah ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar.  Pihak sekolah dan guru-guru hendaklah mewujudkan persekitaran yang kondusif di kawasan sekolah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dengan cara-cara tersebut, semua murid dapat menguasai empat kemahiran asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.  Selain itu, semua murid dapat menguasai kemahiran asas Literasi.  Sasaran 100% murid-murid tahun tiga pada tahun 2012 dapat menguasai semua kemahiran Literasi dan Numerasi akan tercapai.

                      

Saturday 8 October 2011

Panduan Penulisan Bahagian A : Memindahkan Maklumat Dalam UPSR Bahasa Malaysia SJK (C)

Panduan Penulisan Bahagian A : Memindahkan Maklumat Dalam UPSR Bahasa Malaysia SJK (C)
Pengenalan
1.  Bahagian A memerlukan murid menulis lima ayat berdasarkan bahan  rangsangan yang diberikan.
2.  Bahan rangsangan yang diberikan mungkin berupa gambar bersiri, gambar    tunggal, jadual dan sebagainya.
3. Bahan rangsangan tersebut mempunyai pelbagai situasi.Situasi yang      diberikan biasanya berkaitan dengan murid.
4.  Murid dikehendaki meneliti dan memahami bahan rangsangan yang diberikan. Kemudian, maklumat yang diperoleh dipindahkan dalam bentuk ayat lengkap.

Panduan menjawab
Langkah 1 : Memahami dan meneliti gambar
a.   Baca arahan dengan teliti. Garisi kata kunci yang terdapat dalam arahan tersebut.
b.   Lihat gambar dengan teliti dan cari maklumat yang terdapat di dalam gambar.
c.   Bualatkan maklumat-maklumat di dalam gambar tersebut.

Langkah 2 : Kenal pasti kata kunci
a.    Kenal pasti kata kunci pada setiap maklumat yang diperoleh.
b.    Rangka ayat daripada maklumat yang diperoleh.
       ( Kata tanya seperti siapa, apa, di mana, bila dan mengapa boleh
        membantu calon membina ayat daripada maklumat yang terdapat di dalam gambar.)

Langkah 3 : Membina ayat lengkap
a.     Murid dinasihatkan agar menulis ayat berdasarkan aktiviti atau situasi yang hanya dapat dilihat di dalam gambar. Elakkan ayat tersirat atau yang tidak terdapat dalam gambar.
b.     Setiap ayat yang ditulis hanya untuk satu aktiviti.
c.     Tidak perlu menulis lebih daripada lima ayat kerana akan menjejaskan  pemarkahan.
d.     Murid tidak perlu menulis peribahasa dalam setiap ayat.
e.     Murid boleh menulis nama watak yang terdapat dalam gambar.

Langkah 4 : Menyemak
 a.     Selepas siap menulis jawapan, semak penggunaan perkataan, ejaan, imbuhan, tanda baca dan struktur ayat. Kesalahan bahasa boleh menjejaskan markah.
b.     Pastikan setiap ayat yang ditulis dinomborkan.
c.     Semak semula jawapan yang ditulis bagi memastikan benar-benar berdasarkan gambar.


Penjodoh bilangan bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu:

Perkataan
Erti/Kegunaan
Contoh
angkatan
kumpulan seragam
seangkatan tentera
batang
benda panjang atau tinggi
sebatang sungai, sebatang pokok
bentuk
benda yang melengkung
sebentuk cincin
biji
1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilah
benda yang tajam
sebilah pedang
buah
1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
cubit
sedikit
secubit garam
cucuk
benda yang ditusuk dengan lidi
secucuk sate
das
tembakan
21 das tembakan meriam
ekor
haiwan
seekor ayam
gelung
benda yang berlingkar
segelung tali
helai
benda yang nipis dan lebar
sehelai baju
ikat
benda-benda yang diikat rapat
seikat kayu api
jambak
karangan (bunga dll.)
sejambak bunga
kaki
sekaki payung
sekaki cendawan
kawan
kumpulan haiwan
sekawan lembu
keping
kepingan, potongan
sekeping kertas
kotak
benda dalam kotak
sekotak bijirin sarapan
kuntum
bunga
sekuntum bunga merah
longgok
himpunan, timbunan
selonggok sampah
naskhah
salinan bahan bacaan bersiri
senaskhah majalah
orang
manusia
dua orang anak
pasang
benda yang berduaan
sepasang kasut
pasukan
kumpulan seragam
sepasukan pemain bola sepak
pucuk
1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk pistol
rawan
menyatakan selengkap benda itu
serawan jala
rumpun
kelompok, ikatan
serumpun serai
sikat
tangkai pisang
sesikat pisang
sisir
sama dengan "sikat"
sesisir pisang
suap
sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut
sesuap nasi
tandan
buah-buahan yang bergugus
setandan pisang
tangkai
bunga
setangkai bunga
titik
titisan
setitik air mata
tongkol
1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulas
bahagian buah yang berbiji dll.
seulas buah durian
utas
benda yg berurai
seutas jam tangan