Saturday, 8 October 2011

Panduan Penulisan Bahagian A : Memindahkan Maklumat Dalam UPSR Bahasa Malaysia SJK (C)

Panduan Penulisan Bahagian A : Memindahkan Maklumat Dalam UPSR Bahasa Malaysia SJK (C)
Pengenalan
1.  Bahagian A memerlukan murid menulis lima ayat berdasarkan bahan  rangsangan yang diberikan.
2.  Bahan rangsangan yang diberikan mungkin berupa gambar bersiri, gambar    tunggal, jadual dan sebagainya.
3. Bahan rangsangan tersebut mempunyai pelbagai situasi.Situasi yang      diberikan biasanya berkaitan dengan murid.
4.  Murid dikehendaki meneliti dan memahami bahan rangsangan yang diberikan. Kemudian, maklumat yang diperoleh dipindahkan dalam bentuk ayat lengkap.

Panduan menjawab
Langkah 1 : Memahami dan meneliti gambar
a.   Baca arahan dengan teliti. Garisi kata kunci yang terdapat dalam arahan tersebut.
b.   Lihat gambar dengan teliti dan cari maklumat yang terdapat di dalam gambar.
c.   Bualatkan maklumat-maklumat di dalam gambar tersebut.

Langkah 2 : Kenal pasti kata kunci
a.    Kenal pasti kata kunci pada setiap maklumat yang diperoleh.
b.    Rangka ayat daripada maklumat yang diperoleh.
       ( Kata tanya seperti siapa, apa, di mana, bila dan mengapa boleh
        membantu calon membina ayat daripada maklumat yang terdapat di dalam gambar.)

Langkah 3 : Membina ayat lengkap
a.     Murid dinasihatkan agar menulis ayat berdasarkan aktiviti atau situasi yang hanya dapat dilihat di dalam gambar. Elakkan ayat tersirat atau yang tidak terdapat dalam gambar.
b.     Setiap ayat yang ditulis hanya untuk satu aktiviti.
c.     Tidak perlu menulis lebih daripada lima ayat kerana akan menjejaskan  pemarkahan.
d.     Murid tidak perlu menulis peribahasa dalam setiap ayat.
e.     Murid boleh menulis nama watak yang terdapat dalam gambar.

Langkah 4 : Menyemak
 a.     Selepas siap menulis jawapan, semak penggunaan perkataan, ejaan, imbuhan, tanda baca dan struktur ayat. Kesalahan bahasa boleh menjejaskan markah.
b.     Pastikan setiap ayat yang ditulis dinomborkan.
c.     Semak semula jawapan yang ditulis bagi memastikan benar-benar berdasarkan gambar.


Penjodoh bilangan bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu:

Perkataan
Erti/Kegunaan
Contoh
angkatan
kumpulan seragam
seangkatan tentera
batang
benda panjang atau tinggi
sebatang sungai, sebatang pokok
bentuk
benda yang melengkung
sebentuk cincin
biji
1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilah
benda yang tajam
sebilah pedang
buah
1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
cubit
sedikit
secubit garam
cucuk
benda yang ditusuk dengan lidi
secucuk sate
das
tembakan
21 das tembakan meriam
ekor
haiwan
seekor ayam
gelung
benda yang berlingkar
segelung tali
helai
benda yang nipis dan lebar
sehelai baju
ikat
benda-benda yang diikat rapat
seikat kayu api
jambak
karangan (bunga dll.)
sejambak bunga
kaki
sekaki payung
sekaki cendawan
kawan
kumpulan haiwan
sekawan lembu
keping
kepingan, potongan
sekeping kertas
kotak
benda dalam kotak
sekotak bijirin sarapan
kuntum
bunga
sekuntum bunga merah
longgok
himpunan, timbunan
selonggok sampah
naskhah
salinan bahan bacaan bersiri
senaskhah majalah
orang
manusia
dua orang anak
pasang
benda yang berduaan
sepasang kasut
pasukan
kumpulan seragam
sepasukan pemain bola sepak
pucuk
1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk pistol
rawan
menyatakan selengkap benda itu
serawan jala
rumpun
kelompok, ikatan
serumpun serai
sikat
tangkai pisang
sesikat pisang
sisir
sama dengan "sikat"
sesisir pisang
suap
sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut
sesuap nasi
tandan
buah-buahan yang bergugus
setandan pisang
tangkai
bunga
setangkai bunga
titik
titisan
setitik air mata
tongkol
1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulas
bahagian buah yang berbiji dll.
seulas buah durian
utas
benda yg berurai
seutas jam tangan


Majlis Persaraan Guru Besar
SKJC Yeong Chang, Encik Lim Chu Lon

Majlis Persaraan Guru Besar SKJC Yeong Chang, Encik Lim Chu Lon telah diadakan pada hari ini ( 23 September 2011 ).  Majlis berkenaan telah disusun atur oleh semua kakitangan sekolah.  Sebuah jawatankuasa pelaksana telah disusun atur di bawah kendalian En. Kek Su Zen.  Pada majlis ini, pihak PPD Batu Pahat diwakili oleh Tuan Haji Shapie Bin Hj. Md Shariff.  Beliau berasa berbesar hati untuk hadir ke majlis ini. 

Majlis ini telah bermula pada jam 10.00 pagi.  Acara-acara yang dijalankan adalah seperti ucapan pengerusi majlis, ucapan wakil pelajar, ucapan pengerusi PIBG, ucapan Tuan Haji Shapie Bin Hj. Md Shariff, persembahan tarian dan nyanyian, perarakan keluar Encik Lim Chu Lon.


Jamuan makan dan ramah mesra bersama guru besar.


Majlis Memotong Kek.
Kek disumbangkan oleh pihak sekolah.  Hari ini juga merupakan hari kelahiran Encik Lim Chu Lon.

Tetamu VIP yang hadir bersama pada Hari Majlis Persaraan Guru Besar.






Persembahan tarian oleh murid-murid Tahun 5 dan 6.

 




Pihak PPD Batu Pahat, Tuan Haji Shapie Bin Hj. Md Shariff berbesar hati menyampaikan hadiah kepada Encik Lim Chu Lon di atas bakti perkhidmatan beliau sebagai pendidik.












Semoga Encik Lim Chu Lon dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan keceriaan olehNya.  Segala sumbangan dan keprihatinan Guru Besar Encik Lim  kepada kami amat kami sanjung. Kami berbangga dapat bekerja di bawah pentadbirannya.   Encik Lim antara guru besar yang paling kami hormati.