Tuesday 25 October 2011

Cara-cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas Literasi dan Numerasi murid-murid.

        Matlamat perancangan strategik LINUS adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas Literasi dan Numerasi murid-murid.  Sebagai warga pendidikan, kita haruslah meningkatkan penguasaan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam aktiviti atau proses pengajaran dan pembelajaran.  Dengan cara ini, guru dapat memperkenal dan menyuburkan sistem pengajaran pembelajaran Literasi dan Numerasi dengan berkesan.  Dengan langkah ini murid-murid dapat meningkatkan penguasaan ilmu dan membudayakan Literasi danNumerasi dalam kehidupan harian.

            Guru–guru yang mengajar kemahiran asas Literasi dan Numerasi haruslah terlatih dan berpengalaman.  Pengalaman guru memainkan peranan yang penting dalam proses menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.  Selain itu, guru–guru tahun satu hendaklah sihat fizikal serta mental.  Fizikal serta mental yang sihat dapat membantu melaksanakan tugasan dengan berkesan.  Pihak sekolah hendaklah merangcang dan mengurus guru opsyen dengan pengkhususan bidang Bahasa Melayu dan Matematik untuk mengajar Bahasa Melayu dan Matematik.

Guru-guru tahun satu adalah guru-guru yang bersemangat tinggi.  Guru-guru yang menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran hendaklah mendapat pandangan dan tunjuk ajar dari guru-guru yang berpengalaman.  Pihak sekolah yang mempunyai makmal komputer yang lengkap dan boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran LINUS.  Maka guru-guru haruslah   menggunakannya dengan betul supaya murid- murid menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi.  Sehubung itu, guru-guru juga boleh menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid-murid.
Langkah ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar.  Pihak sekolah dan guru-guru hendaklah mewujudkan persekitaran yang kondusif di kawasan sekolah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dengan cara-cara tersebut, semua murid dapat menguasai empat kemahiran asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.  Selain itu, semua murid dapat menguasai kemahiran asas Literasi.  Sasaran 100% murid-murid tahun tiga pada tahun 2012 dapat menguasai semua kemahiran Literasi dan Numerasi akan tercapai.

                      

No comments:

Post a Comment