Saturday 8 October 2011

Panduan Penulisan Bahagian A : Memindahkan Maklumat Dalam UPSR Bahasa Malaysia SJK (C)

Panduan Penulisan Bahagian A : Memindahkan Maklumat Dalam UPSR Bahasa Malaysia SJK (C)
Pengenalan
1.  Bahagian A memerlukan murid menulis lima ayat berdasarkan bahan  rangsangan yang diberikan.
2.  Bahan rangsangan yang diberikan mungkin berupa gambar bersiri, gambar    tunggal, jadual dan sebagainya.
3. Bahan rangsangan tersebut mempunyai pelbagai situasi.Situasi yang      diberikan biasanya berkaitan dengan murid.
4.  Murid dikehendaki meneliti dan memahami bahan rangsangan yang diberikan. Kemudian, maklumat yang diperoleh dipindahkan dalam bentuk ayat lengkap.

Panduan menjawab
Langkah 1 : Memahami dan meneliti gambar
a.   Baca arahan dengan teliti. Garisi kata kunci yang terdapat dalam arahan tersebut.
b.   Lihat gambar dengan teliti dan cari maklumat yang terdapat di dalam gambar.
c.   Bualatkan maklumat-maklumat di dalam gambar tersebut.

Langkah 2 : Kenal pasti kata kunci
a.    Kenal pasti kata kunci pada setiap maklumat yang diperoleh.
b.    Rangka ayat daripada maklumat yang diperoleh.
       ( Kata tanya seperti siapa, apa, di mana, bila dan mengapa boleh
        membantu calon membina ayat daripada maklumat yang terdapat di dalam gambar.)

Langkah 3 : Membina ayat lengkap
a.     Murid dinasihatkan agar menulis ayat berdasarkan aktiviti atau situasi yang hanya dapat dilihat di dalam gambar. Elakkan ayat tersirat atau yang tidak terdapat dalam gambar.
b.     Setiap ayat yang ditulis hanya untuk satu aktiviti.
c.     Tidak perlu menulis lebih daripada lima ayat kerana akan menjejaskan  pemarkahan.
d.     Murid tidak perlu menulis peribahasa dalam setiap ayat.
e.     Murid boleh menulis nama watak yang terdapat dalam gambar.

Langkah 4 : Menyemak
 a.     Selepas siap menulis jawapan, semak penggunaan perkataan, ejaan, imbuhan, tanda baca dan struktur ayat. Kesalahan bahasa boleh menjejaskan markah.
b.     Pastikan setiap ayat yang ditulis dinomborkan.
c.     Semak semula jawapan yang ditulis bagi memastikan benar-benar berdasarkan gambar.


No comments:

Post a Comment