Tuesday 25 October 2011

Langkah-langkah menulis karangan Bahagian B Kertas 2 Penulisan SJK.

 Langkah  1 :  Memahami dan memilih soalan
1.  Baca semua soalan dan fahami kehendak soalan.
2.  Pilih tajuk atau soalan yang kamu tahu dan kuasai formatnya.
3.  Cari kata kunci yang ditanya dalam soalan seperti bincangkan, tuliskan
     sepucuk surat, cara-cara dan sebagainya.  

Langkah  2  :  Membuat rangka karangan
1.  Catatkan isi dan pengetahuan kamu terhadap tajuk atau soalan yang dipilih.
2.  Senaraikan dan susun isi-isi penting tersebut mengikut urutan iaitu 
     pendahuluan, isi, dan penutup.
3.  Rangka karangan memberi panduan dan mengelakkan kamu mengulang atau
     terlupa isi-isi yang penting.

Langkah  3  :  Menulis karangan
1.  Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang telah dibuat.
2.  Karangan yang baik mesti mempunyai pendahuluan, isi-isi penting dan
     penutup.
3.   Bagi bahagian pendahuluan dan penutup, kamu hanya perlu menulis satu
      perenggan.
4.  Bahagian isi-isi penting pula, sebaik-baiknya tiga hingga empat perenggan
     sahaja.
5.  Huraikan isi-isi penting tersebut berserta contohnya. 
6.  Utamakan aspek-aspek bahasa seperti tatabahasa,struktur bahasa, imbuhan
     dan tanda baca.   

Langkah  4  :  Menyemak karangan
1.  Menyemak  merupakan langkah paling penting yang perlu diikuti oleh calon.
2.  Selepas menyiapkan karangan, pastikan tiada kesalahan dari aspek bahasa
     yang boleh menyebabkan markah kamu dipotong.
3.  Pastikan tiada isi-isi penting yang tertinggal.
4.  Pastikan karangan yang ditulis tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
5. Pastikan tulisan kamu kemas dan mudah dibaca oleh pemeriksa.                                           

No comments:

Post a Comment